Showing posts with label Pearl Handbouquet. Show all posts
Showing posts with label Pearl Handbouquet. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

Pearly Felt Roses Hand Bouquet - Peach & Baby Blue

Assalamualaikum,

saya sekarang ni makin malas nak menaip entry... order banyak so takde masa sangat nak update blog... tapi kalau tak update kang ada yang ingat saya dah tak aktif buat bunga kan :) ... ni bunga terbaru yang saya siapkan... order "ad hock" punyer... since yang order ni classmate saya, maka tak sampai hati pulak nak reject macam yang sebelum-belum ni jika order dari customer lain banyak...

cantik tak daun-daun kering kat dalam gambar ni?? semenjak dapat hadiah handset canggih yang ada kamera 8megapiksel (ceh sebut tu!) ni saya dah makin rajin tangkap gambar bunga kat luar rumah.. kalau tak asyik tangkap gambar bunga dalam rumah je... tangkap waktu malam pulak tu.. so gambar yang sebelum ni kebanyakannya tak sama warna dengan yang real... walaupun sekarang guna kamera high resolution tapi saya tak pernah sekali-kali edit supaya gambar bunga saya makin cantik. Ini prinsip saya. Nanti takdelah orang cakap bila dapat bunga tak cantik macam yang saya capture kan...


hand bouquet
bunga tangan felt roses gabungan peach dan baby blue

bride hand bouquet - DIY
pic dan biru laut

pearl hand bouquet
fotografi di FRIM, Kepong
ni saya tangkap pakai kamera handphone yang lama


Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila SMS / WhatsApp saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.

Wednesday, December 4, 2013

Pearly Felt Roses Hand Bouquet (White Roses with Grey Pearls)

Assalamualaikum...

ni hari ke-3 berturut-turut saya pos entry... rajin ke saya? hehe... sebenarnya dah banyak bunga tangan yang saya hasilkan tapi belum sempat saya kongsi dengan semua orang... dan sebab itu saya ambil alternatif pos entry every night before i go to sleep.. dari mata dok terkebil-kebil berjam-jam baik saya pos entry (saya ni susah tidur)... bila dah post jadi letih dan senang tidur... :)

Untuk entry kali ini, bunga tangan yang saya ingin kongsikan adalah Pearly Felt Roses Hand Bouquet juga... sama seperti dua entry sebelum entry ini... yang membezakan antara ketiga-tiga bunga tersebut hanyalah pada warna roses dan warna pearl... untuk first entry, saya menggunakan roses shocking pink yang ditambah dengan white pearl... manakala untuk entry ke-2, saya menggabungkan roses berwarna pic, ungu dan putih yang diselitkan dengan mutiara berwarna krim... dan entry kali ini roses berwarna putih yang digabungkan dengan mutiara kelabu...

hand bouquet for bride
Pearly Felt Roses (white roses with grey pearl)

bunga tangan tiruan yang cantik
pandangan atas pearly felt roses hand bouquet
 
bunga pengantin
kalau nak selit pearl banyak pun tiada masalah... bergantung kepada request customer
 
hand bouquet handle finishing
kemasan pada pemegang pearly felt roses hand bouquet adalah seperti hand bouquet yang pernah saya hasilkan sebelum ini


Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila sms saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.

Tuesday, December 3, 2013

Pearly Felt Roses (Peach, Purple and White)

Assalamualaikum everyone...

hari ni saya akan tunjukkan kepada anda semua satu lagi bunga tangan felt ros dengan mutiara yang saya buat untuk customer saya... saya penat nak menaip hari ni... hari ni dah banyak sangat menaip kat office untuk siapkan kerja... so anda layanlah gambar di bawah ye...

bunga tangan felt ros dengan mutiara
Pearly Felt Roses Hand Bouquet.. combinations of Peach, Purple and White Roses

colorful flower for bride
pandangan atas bunga tangan felt rose dengan mutiara

flower for bride
felt roses hand bouquet lagi

latest design felt roses hand bouquet for bride
beautiful felt roses hand bouquet

bunga tangan felt ros
bunga tangan ini sesuai dipakai bersama baju akad nikah warna putih... warna lain pun boleh juga :)


Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila sms saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.

Monday, December 2, 2013

Pearly Felt Roses Hand Bouquet (Shocking Pink with Green Leaves)

Assalamualaikum...

Minggu lepas saya baru je pos 3 hand bouquets sekaligus... pagi tadi plak pos lg 2 hand bouquets... thanks for your support dear customer.. :)

untuk entry hari ini, saya akan tunjukkan new design felt roses hand bouquet.. cetusan idea kasteme saya sendiri... i called this Pearly Felt Roses Hand Bouquet.. 3 HB yang saya pos kat customer last week kesemuanya Pearly Felt Roses Hand Bouquet... there is no need for me to explain why i called this HB as Pearly Felt Roses Hand Bouquet... am I right? terang lagi nyata, saya hanya menambah sedikit mutiara di celah-celah roses yang menawan ni... hehe

bunga tangan felt roses dengan mutiara, pink terang dan daun hijau
Pearly Felt Roses Hand Bouquets (Shocking Pink and Green Leaves)

Pearly Felt Roses Hand Bouquets (Shocking Pink and Green Leaves)
a small Pearly Felt Roses Hand Bouquets 

Pearly Felt Roses Hand Bouquets (Shocking Pink and Green Leaves)
Bunga Tangan Felt Ros dengan Mutiara ini sesuai digayakan semasa akad nikah.. amat menyerlah digandingkan bersama baju akad nikah yang berwarna putih... confirm naik seri :)

bunga tangan palsu yang cantik
kemasa pada Pearly Felt Roses Hand Bouquets


NOTA CEKMIN : tengah menunggu Majalah Ratu Sehari sampai ke tangan saya... saya dapat free.. kata Editornya isu pasal bunga tangan saya akan dikeluarkan dalam majalah tersebut bulan ni... so takdela saya sibuk-sibuk mencari majalah tu...


Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila sms saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.

Tuesday, August 13, 2013

Shirley Poppy Crepe Hand Bouquet (Purple Magenta)

Bismillahirrahmanirrahim..

bunga shirley poppy crepe hand bouquet ni sebenarnya da lama siap... bulan Jun lepas lagi... tapi saya tinggalkan kat kampung since orang yang tempah tu kawan sekampung... majlisnye dah berlangsung semalam... lupa nk snap gambar sebelum ni, so bila balik cuti raya last week baru sempat snap before saya bagi kat tuan empunya badan...

purple magenta
Bunga Tangan Shirley Poppy Crepe Flower Hand Bouquet (Purple Magenta)

cantik, senang buat
white pearl ye... dalam gambar nampak sedikit pink/purple

bunga tangan pengantin
pandangan atas bunga tangan shirley poppy crepe

sesuai dipakai dengan baju pengantin warna krim
kemasan pada pemegang bunga tangan

nice shirley poppy crepe flower hand bouquet
model cilik saya

Tuan empunya serahkan 100% kepada saya untuk pilih warna bunga tangan yang sesuai dengan baju akad nikahnya... untuk mengelakkan daripada bunga tangan yang tidak "match" dengan baju pengantin, saya telah sketch model pengantin dan menyesuaikan warna bunga tangan supaya bunga tangan tersebut kelihatan menyerlah bila dipegang.. ok x? so lepas ni customer tak payah risau atau pening kepala nak pikirkan warna bunga tangan apa yang sesuai dengan baju pengantin since saya akan tunjukkan sketch-up model kartun bagi memudahkan customer..

sketch-up model bersama bunga tangan
Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila sms saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.

Thursday, August 1, 2013

Bunga Tangan Pearl Crepe (3 color tones)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum....

Hye all... saya baru je poskan Bunga Tangan Pearl Crepe kombinasi biru, pink dan putih as requested by customer... naseb baik boleh pos lg... majlisnya 10 August 2013.. harap-harap bunga tangan pearl ni selamat sampai sebelum majlis...

Blue, Pink and White Hand Bouquet
pandangan atas Pearl Crepe Hand Bouquet

murah, bunga warna-warni

simple finishing on hand bouquet holder

bunga pegang crepe mutiara

pearl crepe hand bouquet
kemasan pada pemegang bunga tangan

putih, pink, biru
sebelum diletak pearl pada celahan bunga-bunga crepe

pearl crepe handbouquet
sebelum bunga-bunga crepe dan manik mutiara dicantumkan
P/S: Saya akan menghentikan operasi bisnes bunga tangan saya bermula esok 2 Ogos sehingga11 Ogos 2013 sempena Hari Raya yang akan tiba... sebarang emel tidak akan dibalas sehingga tarikh tersebut tamat (saya x pegang laptop or buka internet sepanjang waktu cuti tersebut).. harap maklum


Friday, April 26, 2013

Pearl Crepe Hand Bouquet

Assalamualaikum....

ni hasil terbaru saya... customer request nak Pearl Crepe Hand Bouquet for her niece's engangement day... combination biru kain sekolah menengah dan pink sirap bandung... hehe.. dihiasi dgn sedikit pearl beads warna putih... satu lagi bunga pegang yang customer ni request xsiap lg... skrg sy tgh  siapkan bunga telur crepe sbyk 200 kuntum... lg 25 kuntum xsiap.. InsyaAllah by this night everything done... then i will focus on her next bunga pegang n other HB...

P/S: crafting is my hobby... but I can crafting only when I free.. disebabkan komitmen kerja, kdg2 masa utk crafting very2 limited.. kdg2 sy outstation, kdg2 ada urusan peribadi... and thats why skrg ni bunga yg sy buat amek masa sedikit untuk disiapkan.. tp Alhamdulillah setakat ni saya xtamak dalam nak amek order.. i'll explained to those who are interested with my craft work when i can make their order, so bila customer nak cepat i will not accept that order since i hv time constraint..

Pearl Crepe Hand Bouquet

top view bunga pegang Pearl Crepe HB





Thursday, February 14, 2013

My Sister's E-Day

Alhamdulillah.. da settle majlis brtunang akak saya 10 Feb 2013 lepas.. penatnye x trkira.. byk benda saya settlekan..before balik kampung niat saya nk dok dapur je sepanjang akak bertunang (bukan tanda saya protes sbb sy xdpt brtunang ye!!!) sbb sy xsuka bab kemas rumah or hidang makanan kt tetamu.. tapi bila da balik kampung khamis malam jumaat lps terus cair hati saya dgn kata-kata sorang-sorangnye akak saya yg still bujang tu.. katanya..........


 "majlis ak xde sapa pun tolong sbb kakak2 semua da kahwin, hantaran aku ni pun aku kena buat sendiri, sedih rasanya"



mse tu tgh syok tido sbb penat baru smpai dari Shah Alam.. bila da dengar ayat-ayat sedih dia trus bangun pasang pelamin sorang-sorang.. penat tau.. mula-mula saya bentang kain utk buat pelamin tu kat ruang rehat family, lame gk la pikir cmne nk combine kain kaler putih dan biru tu..

2 helai kain putih, 2 helai kain biru sponsored by our neighbour yang mmg bisnesnye sewa pelamin.. jiran sponsor sbb dulu penah janji nk sponsor mse akak sorang lg brtunang, tp disebabkan akak tu xjd brtunang, so adik dia (bukan saya, tp akak sy yg brtunang ni!) dapat.. hehe
Finally, saya terus tarik kain tu bawak ke tempat nk pasang pelamin tu.. ape nak jadi, jadi lah.. mse tu trbayang plak nk pasang ala-ala yang pernah saya google dlu (saya try google balik pkai key-words yang sama tp xjumpa. alahai...)... so ini lah hasilnya.. hehe.. actually kalau saya ada masa, nak je saya tambah kipas biru yang kecik-kecik tu bagi penuh kawasan langsir putih.. tp xsempat... xlarat sbb lps dah siap pasang pelamin dan deco kipas2 bulat tu sy buatkan paper beg untuk isi gula-gula nak bg kt budak-budak nnt.. akak da beli tupperware LOVE-shape tapi risau tak xckup, so buat je la la mini paper-bag dalam 20-30 biji



Pearl Hand Bouquet yang saya buat dulu


Doorgift untuk tetamu.. sticker kt bwh ni tunang akak tempah kt Kuala Selangor, harga kira per sheet yg bersaiz A4... 1 sheet harga RM2.. tempah 2 sheet je..ckup je nak tempek kt 100 biji tupperware kecik ni...

sticker








ni plak hantaran dari belah perempuan (from us)





ni plak hantaran dari pihak lelaki.. dalam banyak2 hantaran2 tu saya paling berkenan cara diorang decorate buah limau.. jarang kita tengok org bagi hantaran buah guna sejenis je..









nak tau tugas betul sy masa majlis akak??? ni je... goreng ayam untuk buat ayam masak merah... hahaha

 ------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru dapat emel dari akak yg bru brtunang ni.. ada ke patut dia sruh saya pkir gubahan yang nampak mewah tapi dalam bajet?? hurmmm.. untuk majlis perkahwinan dia nnt, dia mntk saya handle semua gubahan.. ayyoook.. anyone help me please.. sy xtahu nk pkir cmne la nk gubah tu?

Renungan ==> sapa plak nak tolong mse sy kahwin nnt??? (>~<) anak-anak buah semua kecik lagi.. hahahah.. yang paling besar pun bru masuk tingkatan satu (yang dok sebelah tokma dia ni).. thinking a lot... huhuh

TokMa with her 1st grandson masa smbut birthday kakak dan Amalin.. TokPa x ikut...
anak2 buah lain pun kecik lg

gambar photoshoot with Pearl Hand Bouquet