Mengenai Saya & Tempahan

Hi, saya Cekmin

Anda berminat dengan bunga tangan saya?? Jika YA, sila emel atau SMS/WhatsApp saya untuk respons yang cepat berhubung dengan bunga tangan ini. Panggilan telefon tidak akan dilayan jika anda tidak memperkenalkan diri melalui SMS.

jemaricekmin@gmail.com
019-394 2809


Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 1-2 bulan dari tarikh majlis bakal berlangsung untuk mengelakkan tempahan anda ditolak. Tempahan kurang dari tempoh tersebut akan dipertimbangkan jika ada kekosongan atau pembatalan tempahan oleh pelanggan lain.

Warna crepe paper dan felt adalah mengikut permintaan pelanggan.

Pelanggan yang cerewet dengan ukuran atau potongan yang berbeza-beza bagi setiap bunga tidak digalakkan menempah kerana bunga yang dihasilkan di sini adalah 100% buatan tangan.



Proses Penempahan Bunga

**Sila tanya harga bunga tangan sebelum mengikuti langkah-langkah di bawah ya. Saya menghasilkan bunga tangan kerana  MINAT yang terlalu mendalam terhadap bunga dan kraf felt,  bukan kerana keuntungan semata-mata. InsyaAllah harga yang ditawarkan berbaloi dengan bunga yang dihasilkan. 

Langkah 1 

Perbincangan dengan bakal pelanggan mengenai warna bunga tangan yang diingini. Bagi mereka yang mengalami masalah untuk menentukan warna bunga tangan yang sesuai mengikut tema majlis  atau baju kahwin, khidmat nasihat akan diberikan secara percuma.

Langkah 2
Maklumat dibawah akan direkod supaya tempahan anda tidak tercicir dari senarai:
                        a) Nama
                        b) Alamat
                        c) No telefon
                        d) Maklumat bunga tangan (nama bunga, warna)
                        e)Tarikh majlis
                        c) No telefon

Langkah 3
Pembayaran deposit bunga tangan. Pembayaran pendahuluan untuk bunga tangan jenis crepe adalah RM10, manakala bunga tangan daripada material felt pendahuluan dikenakan sebanyak RM30. 

Langkah 4
Pelanggan akan sentiasa diberitahu status bunga tangan dari semasa ke semasa bagi penambahbaikan ketika menggubah bunga tangan.

Langkah 5
Pelanggan diminta melangsaikan jumlah keseluruhan harga bunga tangan sebelum bunga tangan diposkan.

Langkah 6
Pelanggan diminta memaklumkan status penerimaan bunga tangan yang diposkan.


 
Sila Like Facebook page saya untuk melihat lebih banyak bunga tangan yang dihasilkan:
http://www.facebook.com/BungaTanganCekminNimsay


No comments:

Post a Comment

Leave your message here