Showing posts with label Bunga Telur Heart-Shape. Show all posts
Showing posts with label Bunga Telur Heart-Shape. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

3D paint pen supplier


Assalamualaikum..

Saya dapat banyak emel, sms, comment dari pembaca blog saya tanya kat mana nak cari 3D paint pen tu.. sampai satu saat saya dah tak larat nak reply... tak semestinya kena beli brand yang sama macam saya pakai..


Cat 3D brand Tulip yang selalu beli kat Shah Alam dulu

sekarang pun saya pakai brand lain sebab kedai Weastar tu jauh dari tempat tinggal saya sekarang (saya dah pindah ke Kepong, dulu rumah sewa saya depan kedai Westar tu je masa kat Shah Alam). Lama gak saya survey kat mana saya boleh beli 3D paint pen ni, tapi baru sekarang saya terjumpa kat Mr DIY, dalam Selayang Mall.. brand yang sekarang murah berbanding brand Tulip yang saya beli di Westar. sapa-sapa nak boleh cari kat sana.. tapi stok memang selalu je abis cepat.. kadang-kadang saya pergi sana kali ke-3 atau ke-4 baru dapat.. tu pun xbanyak.. ada dalam 3-4 set je...

Bagi yang jauh, saya UMUMKAN saya boleh tolong belikan if stok kt sana ada... hehehe.. dalam satu set/pek ni ada 6 kaler berbeza.. pink, peach,  kuning, biru, hijau dan ungu muda.. saya jual RM8 per set exclude postage.. postage rm7. so total utk pembelian 3D cat tu (RM15 per set)...  tapi kalau nak beli 3 set maka jumlahnya RM8x3 + RM8 pos = RM31... jangan mintak murah sebab saya pun xdapat murah dari kedai tu k.
cat fabrik yang saya gunakan sekarang, lebih murah dan satu set ada 6 color
saya testing tulisan kat banyak helaian felt... just to choose the best one :)

Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila SMS / WhatsApp saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.

Wednesday, May 14, 2014

KIT DIY BUNGA TELUR FELT HEART SHAPE

Assalamualaikum...

ada tak yang teringin nak buat DIY bunga telur felt heart shape ni tapi tiada barang dan tutorial yang lengkap?? means step-step yang lagi details untuk buat bunga telur felt ni (eg: cara nak jahit jahitan insang pari)??

saya bercadang nak jual KIT BUNGA TELUR FELT HEART SHAPE ni kalau ada yang berminat tapi seriously saya cakap cost nk buat bunga telur ni utk 100 pieces mau cecah Rm1.30 sebatang... kalau yang ready made saya jual RM3.50 sebatang (hand made kan, memangla mahal)...

Disebabkan sekarang ni saya agak busy dengan tempahan bunga tangan yang lagi "masyuk" (sampai xsempat nak update blog berbulan-bulan) maka idea nak buat KIT ni muncul sebab nak tolong sapa-sapa yang nak order tapi order diorg saya reject sebab tak menang tangan dan sapa-sapa yang nak cut bajet dengan menDIY sendiri.. kalau nak beli kit ni harga kit adalah dalam untuk 50 batang dan 100 batang:

set A (50 batang): RM65 exclude postage
set B (100 batang): RM110 exclude postage
postage RM7

saya terus bagi harga since saya tak ambil untung banyak sangat dan sebab tak larat nak jawab semua soalan lagi... (>_<).. bukan sombong tapi kerja banyak ye dear :) PM me if u are interest


Untuk sebarang pertanyaan sila SMS / WhatsApp saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.

Thursday, February 28, 2013

Tutorial: Bunga Pahar Felt "LOVE-SHAPE"

Bismillahirrahmanirahim...



Finally siap jugak 100 kuntum Bunga Pahar/Telur dari kain Felt yang saya buat special untuk majlis persandingan kawan saya. Hampir 3minggu lebih  jgk la nak siapkan bunga pahar ni.. 2minggu untuk gunting 100 pasang  "Love" dan jahit.. 1 mggu lagi untuk ikat reben dan proses mencantum semua bahagian.. hari bekerja saya buat mlm je, weekend baru all out buat benda ni...memang amat penat.. tapi rasa puas ati sgt2 bila tengok hasil kerja tangan sendiri.. dalam post kali ni saya nk share dengan kawan-kawan cara nk buat tutorial dari A-Z cara membuat bunga pahar felt ni siap dgn bajet barang skali (harga xyah kot sbb harga barang ada turun naiknya) kot2 la ada B2B (bride-to-be) yang nak DIY kan... tp kalau nk tempah dgn saya pun boley.. hehe..


Kat sini saya senaraikan bahan-bahan untuk membuat 100 biji/kuntum bunga Pahar Felt "LOVE-Shape", so hrp2 sape-sape yang nak buat xde la terlebih beli:

1. Kain Felt jenis lembut 2meter
2. Dawai size 26/28 sebanyak 2peket (dawai yang lg keras xsesuai utk ikat riben organza sebab bagi saya nnt bila da ikat, reben tu kembang xcantik since kita xboleh ikat dengan kemas sgt, kalau lembut sgt kang mudah putus pulak mse ikat,but apepun up to u)
3. Reben organza 2 gulung (1 gulung = 14 yards/ela)
4. Daun palsu 100 helai
5. Salotep kertas (masking tape) 3gulung
6. Benang 2 gulung yang saiz paling kecik (yang harga segulung 60sen tu)
7. Lidi 100 cucuk
8. Net telur 100 keping
9. Fibre secukup rasa (dalam 350gram)
10. Reben hijau - satu gulung besar
11. 3D Fabric paint


Langkah-langkahnya:

1. LUKIS "LOVE" shape guna microsoft word or ape2 software yang anda terer mcm Adobe ke ape ke.. Saiz setiap LOVE dalam 9.5cmx9.5cm, tp tak lebih dari 10 cm (saya lupa nk ukur). So bila guna ukuran ni kita akan dapat 100 keping "LOVE" untuk 1meter kain felt. Dan drpd 100 keping ni kita boley buat 50 LOVE set (1 set memerlukan 2 keping). Means 1 meter boleh buat 50 biji bunga pahar la.. sy rse calculation matematik sy da simple utk anda-anda pahamkan? huhu. Lepas tu bolehlah print seberapa byk LOVE yang anda rasa anda perlukan, bagi saya 2 da ckup, dan seelok-eloknya gunakan kertas yang keras sbb senang nk gunting felt nnt. kalau anda risau printer tu tak boleh feed/suap dgn kertas yang keras so gunakan kertas biasa.. lps da print atas kertas biasa tu, gamkan kat kertas yang agak keras dan gunting mengikut bentuk "LOVE" tu... tapi masa gunting make sure kita lebihkan sket kt bahagian bawah mcm gmbr kt bwh ni


2. GUNTING "FELT" setiap 20cm. Saya gunting felt kepada saiz ni sebab senang sket nk gunting "LOVE" nnt. kalau anda rse ni keje leceh, so anda boleh skip Langkah 2 ni.


3. LIPAT "FELT" kepada 2 bahagian, tekap acuan "LOVE" dan GUNTING 1 pasang LOVE pada satu masa yang sama (paham x). Kat sini sy tak gunakan kaedah surih bentuk "LOVE" ke kain felt menggunakan pen sebab saya rasa buang masa sbb kita kene potong 200 keping (bila guna cara ni sy dapat gunting 2 keping sekaligus) dan lagipun bila da jahit takkan nampak sangat kesan potong yang burok. Bagi yang mementingkan ketepatan dalam ukuran buatlah cara konvensional tu.. huhu..

Gunting felt yang dipotong 2meter tu kepada saiz Heart Shape tu.. jgn lupa lipat 2 kain felt before gunting so anda akan gunting sepasang terus nnt

gunting dengan cermat


UNTUK LANGKAH 4, SILA RUJUK GAMBARAH DI BAWAH

4. Ambil 2 keping felt (1 set) "LOVE" shape tu then tindih kat atas satu sama lain (NO 1). Pastu JAHIT set "LOVE" tu menggunakan jahitan insang pari. Start jahit pada hujung lebihan sampai agak-agak tinggal lagi seinci setengah before smpai ke lebihan yang belum dijahit (NO 2). Pastu masukkan Fibre dan lidi sate (NO 3 & 4) then teruskan menjahit smpai siap. Untuk mengelakkan lidi tercabut dari "LOVE" saya sarankan agar anda mematikan jahitan dengan cara melilit benang pada lebihan dan simpul mati (NO 5).



5 Step menjahit dan mengikat LOVE pada lidi

make sure anda tambah lebihan kt bawah LOVE supaya boleh diikat pada lidi nanti




5.IKAT NET/KARUNG TELUR pada lidi menggunakan benang. Sesetengah orang akan skip langkah ni, tapi bagi saya, saya bimbang kalau bila da letak telur nnt karung telur akan terlucut dari lidi even da salotep. Suka ati korang la nk ikut step ni ke tak ye. Untuk bunga pahar ni, saya gunakan net yang dibuat daripada plastik (yang macam karung buah), kalau rajin potong kain net sndri, tp bg sy net telur plastik ni bagus sbb apa-apa saiz telur boleh muat. Susah gak nak cari karung plastik ni, but finally jumpa gk... ada jual kt kedai Bunga Juta kat Jalan Tar (dekat dengn area Gulatis dan Sogo). 100 pieces current price RM7.90




6. POTONG REBEN ORGANZA. Nak memudahkan kerja memotong, sy lipat byk2 then potong sekali harung ataupun orang panggil potongan berjemaah.. haha.. untuk bunga pahar yang saya buat ni, saya potong reben dalam 12-13cm setiap satu.


lipat byk2 reben organza

gunting secara berjemaah ye..


7. IKAT REBEN ORGANZA PADA DAWAI. Amek sehelai reben organza yang dah dipotong tadi, letakkan di lantai yang licin, pastu lipat/ keronyok kt tengah then ikat dengan dawai dengan bantuan playar.Buat byk2.. every bunga pahar saya gunakan 4 "kuntum" reben organza sebagai hiasan tepi. so untuk 100 bunga pahar, saya da keronyokkan 400 "kuntum" reben.. sakit wooo tangan dok pegang playar je.



proses meng"kronyok" tengah reben


amek dawai dan ikat kemas

kalau dawai lembut xyah guna playar xpe, ni sy guna dawai keras yg mmg dah ada kt rumah je



tadaaaa... da siap 1... 399 kuntum to go (@~@)


8. CANTUMKAN KUNTUM ORGANZA dan DAUN PALSU menggunakan masking tape. Saya rasa sume orang tau cmne nk pkai masking salotep kan? Betul2 bawah "LOVE" saya letakkan 4 "kuntum" reben organza, then lilit masking tape smpai ke net bunga telur. Kemudian saya letakkan daun palsu pada aras yang sama dengan net  telur, then continue lilit smpai aras yang anda nak.. setengah orang lilit smpai abes, tp saya lilit separuh jalan je since biasanya bunga pahar ni kitorang letak kt pulut. huhuhu.. nnt keracunan makanan plak org trmakan masking tape.. masking tape ada racun ke???? huhu.. tatau.. agak2 je



dalam kotak ni ada 50 keping jek, lagi 50 msuk kotak lain


9. POTONG LOVE MERAH KECIK.. saiz love ni lebih kurang 1cm x 1cm.. mmg kecik sgt2.. mula-mula saya potong kain felt kaler merah hati 1cm x 1cm, lepas tu lipat dua dan gunting separuh "LOVE".. bila buka lipatan tu, dapatlah 1 "LOVE" yang cantik n cute ni... tadaaaaa... paham ke idok???






10. Bila da siap, TAMPAL " LITTLE RED LOVE" kat bunga pahar tu dengan gam UHU





11. TULIS HURUF menggunakan 3D Fabric Paint. Untuk pengetahuan semua, fabric pen dan 3D fabric paint ada beza tau. Fabric pen adalah sejenis pen macam marker dan biasanya orang guna untuk lukis pola baju. Ada yang jenis washable (kene air terus dakwat dan ada yang jenis permanent (dakwat tak hilang). Tapi untuk bunga pahar ni, saya gunakan cat fabrik sebab saya nak nampak kesan 3D atau timbul pada tulisannya. Mane nak cari? 3D Fabric Paint ni saya beli kt kedai alatulis Weststar kat Seksyen 7, Shah Alam. Harga RM14.90 rsnye.. da lupa... kecik je pen tu... 75ml je... tp ckup untuk lebih dari 200 biji bunga pahar since sy guna untuk 100 bunga pahar pun xsmpai separuh botol. 3D Fabric Paint pun ada byk jenisnya.. Untuk projek ni, saya gunakan jenis MATTE which is memang mcm cat betul2.. kalau nak yang shining bley amek jenis PEARL, GLITTERS ke... harga still sama

lepas da mengecat, keringkan smpai kering.. kurang dari 3 jam da kering

ni masa mula-mula try tulis, burok!






12. Last step.. PACKING TO CUSTOMER... hehehe.. nak kne ada tutorial jgk ke nk susun bunga pahar ni???



bunga telur bentuk hati felt
Bunga Telur Felt



DONE MY TUTORIAL

Pesanan: Sape nk amek tutorial ni sebagai guide saya Halalkan.. Tapi harap mereka yg nk share please appreciate my work by acknowledge me in your share. :)