Friday, March 4, 2016

Bunga Dulang Hantaran Felt Ros Purple

Assalamualaikum,

Baru jap tadi pos pasal bunga dulang yang saya buat masa majlis pertunangan, sekarang saya tunjukkan pula bunga dulang hantaran felt roses berwarna purple/ ungu.

Memang sesuai utk mereka yang inginkan gubahan yang simple, tiada masa dan kemahiran untuk menggubah kerana hanya perlu letak bunga (salotep bagi memastikan bunga dulang kekal di tempat asal) dengan tambahan sedikit reben untuk kesan elegan dan mewah.

Untuk sebarang tempahan seelok-eloknya dimaklumkan sekurang-kurangnya sebulan. Lagi awal maklum, lagi mudah kerja saya untuk arrange masa membuat tempahan anda.

Wedding Flower Craft, Felt Roses
Gubahan ringkas menggunakan Bunga Dulang Felt Ros berwarna Ungu dengan tambahan sedikit ikat reben
Wedding Craft, Felt Roses
Setem limited edition boleh dibuat di pejabat Pos Malaysia (setem ini sah/valid untuk digunakan tau)
Wedding Craft, Felt Roses
Gubahan Tali Pinggang & Dompet Lelaki

Wedding Craft, Men Watches
Gubahan Jam Tangan
Wedding Craft, Shirts, Felt Roses
Gubahan Baju T-shirt Dan Kemeja Lelaki

Wedding Craft, Felt Roses
Gubahan Coklat




Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila SMS / WhatsApp saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.




Bunga Dulang Hantaran Felt Ros

Assalamualaikum.. dah lama x update blog ni.. busy sangat-sangat. Untuk pengetahuna semua, saya kembali aktif membuat bunga tangan dan kraf-kraf lain. Anak dah 6 bulan lebih, so makin senang jaga.


Sekarang saya membuka tempahan untuk bunga dulang felt ni. Idea bunga dulang felt ni timbul masa majlis bertunang saya... da nak masuk 3 tahun rasanya. Kedua-dua belah pihak guna bunga dulang felt, yang membezakan warna felt sahaha.

Pada majlis pertunangan saya dahulu, belah lelaki bunga felt warna merah, manakala bagi pihak saya, saya menggunakan bunga felt oren. Idea ini tercetus sebab saya memikirkan cara bagaimana untuk menggubah hantaran last minute bagi rombongan yang datang jauh. Takkan rombongan nak pegang gubahan hantaran tersebut dari Sabak Bernam, Selangor sampai la ke rumah tumpangan di Kota Bharu, Kelantan? Boleh naik kebas tangan. Tambahan lagi, ibu mertua meminta saya menggubah bagi pihak lelaki juga. Oleh itu, bagi saya gubahan ini sesuai untuk rombongan yang jauh. Hanya perlu tambah beberapa aksesori seperti ikatan reben untuk mencantik dan memperkemaskan lagi hantaran tersebut. Bunga dulang felt ini juga nampak mewah dengan kehadiran biji-biji mutiara yang turut diselit di tepi-tepi bunga tersebut..


Wedding Roses, Felt, Craft
Bunga Dulang Hantaran Felt Ros sesuai untuk majlis pertunangan dan perkahwinan


Wedding Cake, Felt Roses Flower
Hiasan kek hantaran pertunangan/perkahwinan nampak cantik dan simple dengan tambahan bunga dulang hantaran felt ros ini

Wedding Flowers, Red Felt Roses

idea gubahan hantaran pertunangan untuk belah pihak lelaki

kedua-dua belah pihak menggunakan bunga dulang hantaran yang sama

Selitan bunga dulang felt roses pada dulang hantaran coklat
Wedding Craft Flower, Orange Felt Roses
Idea bekas gubahan yang boleh para bakal pengantin DIY sendiri menggunakan kertas surat khabar lama


Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila SMS / WhatsApp saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.