Showing posts with label Gubahan Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Gubahan Hantaran. Show all posts

Friday, March 4, 2016

Bunga Dulang Hantaran Felt Ros Purple

Assalamualaikum,

Baru jap tadi pos pasal bunga dulang yang saya buat masa majlis pertunangan, sekarang saya tunjukkan pula bunga dulang hantaran felt roses berwarna purple/ ungu.

Memang sesuai utk mereka yang inginkan gubahan yang simple, tiada masa dan kemahiran untuk menggubah kerana hanya perlu letak bunga (salotep bagi memastikan bunga dulang kekal di tempat asal) dengan tambahan sedikit reben untuk kesan elegan dan mewah.

Untuk sebarang tempahan seelok-eloknya dimaklumkan sekurang-kurangnya sebulan. Lagi awal maklum, lagi mudah kerja saya untuk arrange masa membuat tempahan anda.

Wedding Flower Craft, Felt Roses
Gubahan ringkas menggunakan Bunga Dulang Felt Ros berwarna Ungu dengan tambahan sedikit ikat reben
Wedding Craft, Felt Roses
Setem limited edition boleh dibuat di pejabat Pos Malaysia (setem ini sah/valid untuk digunakan tau)
Wedding Craft, Felt Roses
Gubahan Tali Pinggang & Dompet Lelaki

Wedding Craft, Men Watches
Gubahan Jam Tangan
Wedding Craft, Shirts, Felt Roses
Gubahan Baju T-shirt Dan Kemeja Lelaki

Wedding Craft, Felt Roses
Gubahan Coklat




Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila SMS / WhatsApp saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.




Bunga Dulang Hantaran Felt Ros

Assalamualaikum.. dah lama x update blog ni.. busy sangat-sangat. Untuk pengetahuna semua, saya kembali aktif membuat bunga tangan dan kraf-kraf lain. Anak dah 6 bulan lebih, so makin senang jaga.


Sekarang saya membuka tempahan untuk bunga dulang felt ni. Idea bunga dulang felt ni timbul masa majlis bertunang saya... da nak masuk 3 tahun rasanya. Kedua-dua belah pihak guna bunga dulang felt, yang membezakan warna felt sahaha.

Pada majlis pertunangan saya dahulu, belah lelaki bunga felt warna merah, manakala bagi pihak saya, saya menggunakan bunga felt oren. Idea ini tercetus sebab saya memikirkan cara bagaimana untuk menggubah hantaran last minute bagi rombongan yang datang jauh. Takkan rombongan nak pegang gubahan hantaran tersebut dari Sabak Bernam, Selangor sampai la ke rumah tumpangan di Kota Bharu, Kelantan? Boleh naik kebas tangan. Tambahan lagi, ibu mertua meminta saya menggubah bagi pihak lelaki juga. Oleh itu, bagi saya gubahan ini sesuai untuk rombongan yang jauh. Hanya perlu tambah beberapa aksesori seperti ikatan reben untuk mencantik dan memperkemaskan lagi hantaran tersebut. Bunga dulang felt ini juga nampak mewah dengan kehadiran biji-biji mutiara yang turut diselit di tepi-tepi bunga tersebut..


Wedding Roses, Felt, Craft
Bunga Dulang Hantaran Felt Ros sesuai untuk majlis pertunangan dan perkahwinan


Wedding Cake, Felt Roses Flower
Hiasan kek hantaran pertunangan/perkahwinan nampak cantik dan simple dengan tambahan bunga dulang hantaran felt ros ini

Wedding Flowers, Red Felt Roses

idea gubahan hantaran pertunangan untuk belah pihak lelaki

kedua-dua belah pihak menggunakan bunga dulang hantaran yang sama

Selitan bunga dulang felt roses pada dulang hantaran coklat
Wedding Craft Flower, Orange Felt Roses
Idea bekas gubahan yang boleh para bakal pengantin DIY sendiri menggunakan kertas surat khabar lama


Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila SMS / WhatsApp saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.

Thursday, February 14, 2013

My Sister's E-Day

Alhamdulillah.. da settle majlis brtunang akak saya 10 Feb 2013 lepas.. penatnye x trkira.. byk benda saya settlekan..before balik kampung niat saya nk dok dapur je sepanjang akak bertunang (bukan tanda saya protes sbb sy xdpt brtunang ye!!!) sbb sy xsuka bab kemas rumah or hidang makanan kt tetamu.. tapi bila da balik kampung khamis malam jumaat lps terus cair hati saya dgn kata-kata sorang-sorangnye akak saya yg still bujang tu.. katanya..........


 "majlis ak xde sapa pun tolong sbb kakak2 semua da kahwin, hantaran aku ni pun aku kena buat sendiri, sedih rasanya"



mse tu tgh syok tido sbb penat baru smpai dari Shah Alam.. bila da dengar ayat-ayat sedih dia trus bangun pasang pelamin sorang-sorang.. penat tau.. mula-mula saya bentang kain utk buat pelamin tu kat ruang rehat family, lame gk la pikir cmne nk combine kain kaler putih dan biru tu..

2 helai kain putih, 2 helai kain biru sponsored by our neighbour yang mmg bisnesnye sewa pelamin.. jiran sponsor sbb dulu penah janji nk sponsor mse akak sorang lg brtunang, tp disebabkan akak tu xjd brtunang, so adik dia (bukan saya, tp akak sy yg brtunang ni!) dapat.. hehe
Finally, saya terus tarik kain tu bawak ke tempat nk pasang pelamin tu.. ape nak jadi, jadi lah.. mse tu trbayang plak nk pasang ala-ala yang pernah saya google dlu (saya try google balik pkai key-words yang sama tp xjumpa. alahai...)... so ini lah hasilnya.. hehe.. actually kalau saya ada masa, nak je saya tambah kipas biru yang kecik-kecik tu bagi penuh kawasan langsir putih.. tp xsempat... xlarat sbb lps dah siap pasang pelamin dan deco kipas2 bulat tu sy buatkan paper beg untuk isi gula-gula nak bg kt budak-budak nnt.. akak da beli tupperware LOVE-shape tapi risau tak xckup, so buat je la la mini paper-bag dalam 20-30 biji



Pearl Hand Bouquet yang saya buat dulu


Doorgift untuk tetamu.. sticker kt bwh ni tunang akak tempah kt Kuala Selangor, harga kira per sheet yg bersaiz A4... 1 sheet harga RM2.. tempah 2 sheet je..ckup je nak tempek kt 100 biji tupperware kecik ni...

sticker








ni plak hantaran dari belah perempuan (from us)





ni plak hantaran dari pihak lelaki.. dalam banyak2 hantaran2 tu saya paling berkenan cara diorang decorate buah limau.. jarang kita tengok org bagi hantaran buah guna sejenis je..









nak tau tugas betul sy masa majlis akak??? ni je... goreng ayam untuk buat ayam masak merah... hahaha

 ------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru dapat emel dari akak yg bru brtunang ni.. ada ke patut dia sruh saya pkir gubahan yang nampak mewah tapi dalam bajet?? hurmmm.. untuk majlis perkahwinan dia nnt, dia mntk saya handle semua gubahan.. ayyoook.. anyone help me please.. sy xtahu nk pkir cmne la nk gubah tu?

Renungan ==> sapa plak nak tolong mse sy kahwin nnt??? (>~<) anak-anak buah semua kecik lagi.. hahahah.. yang paling besar pun bru masuk tingkatan satu (yang dok sebelah tokma dia ni).. thinking a lot... huhuh

TokMa with her 1st grandson masa smbut birthday kakak dan Amalin.. TokPa x ikut...
anak2 buah lain pun kecik lg

gambar photoshoot with Pearl Hand Bouquet