Sunday, February 16, 2014

Pearly Felt Roses Hand Bouquet - Peach & Baby Blue

Assalamualaikum,

saya sekarang ni makin malas nak menaip entry... order banyak so takde masa sangat nak update blog... tapi kalau tak update kang ada yang ingat saya dah tak aktif buat bunga kan :) ... ni bunga terbaru yang saya siapkan... order "ad hock" punyer... since yang order ni classmate saya, maka tak sampai hati pulak nak reject macam yang sebelum-belum ni jika order dari customer lain banyak...

cantik tak daun-daun kering kat dalam gambar ni?? semenjak dapat hadiah handset canggih yang ada kamera 8megapiksel (ceh sebut tu!) ni saya dah makin rajin tangkap gambar bunga kat luar rumah.. kalau tak asyik tangkap gambar bunga dalam rumah je... tangkap waktu malam pulak tu.. so gambar yang sebelum ni kebanyakannya tak sama warna dengan yang real... walaupun sekarang guna kamera high resolution tapi saya tak pernah sekali-kali edit supaya gambar bunga saya makin cantik. Ini prinsip saya. Nanti takdelah orang cakap bila dapat bunga tak cantik macam yang saya capture kan...


hand bouquet
bunga tangan felt roses gabungan peach dan baby blue

bride hand bouquet - DIY
pic dan biru laut

pearl hand bouquet
fotografi di FRIM, Kepong
ni saya tangkap pakai kamera handphone yang lama


Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila SMS / WhatsApp saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.

Thursday, February 6, 2014

Felt Roses Hand Bouquet (Yellow, Red, Brown)

Assalamualaikum...

Lamanya saya tak "mengepos" update bunga kat blog ni... dah ada labah-labah buat tapak nak bina sarang nampaknya ya?? quite busy nowadays... ceeewaahhh... SKIPPING LA PLAK....

tapi memang busy betul pun.... banyak benda nak di"settlekan" untuk hari bahagia yang bakal tiba... bukan saya tapi adalah sorang minah ni   :p hahahaha... bunyi macam dah dekat gila la plak.. padahal jauh lagi hari bersejarah tu...

anyway jom layan tengok gambar sorang kasteme saya ni untuk majlis bertunang beliau. Vee mintak suggestion kombinasi warna bunga yang sesuai untuk baju tunang kaler krim dan beading kat baju warna kuning dan coklat... dan hasilnya maka jadilah macam gambar kat bawah ni.. Terima kasih Vee sebab sudi share dan benarkan saya pos dalam blog saya... I appreciate your help dear... Tahniah Vee sebab dah jadi tunangan orang.... maaf ye saya lambat pos gambar ni even saya da dapat lebih 2 minggu gambar Vee... thanks alot ye Vee..



felt roses hand bouquet for engagement day
Majlis Pertunangan Azwiza (Vee)

bunga tangan warna kuning, merah, coklat
Felt Roses Hand Bouquet - Yellow, Red, Brown

felt roses hand bouquet
Bunga Tangan Felt Ros - Kuning, Merah, Coklat


NOTA JEMARI: anda pernah jumpa bunga kaler cokelat cam gambar ni kat mana-mana tak?? the real brown roses??? haha.. saya tak pernah... siapa-siapa yang pernah jumpa bunga ros kaler coklat sila bagitau saya ok!


Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila sms saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.