Thursday, February 28, 2013

Tutorial: Bunga Pahar Felt "LOVE-SHAPE"

Bismillahirrahmanirahim...



Finally siap jugak 100 kuntum Bunga Pahar/Telur dari kain Felt yang saya buat special untuk majlis persandingan kawan saya. Hampir 3minggu lebih  jgk la nak siapkan bunga pahar ni.. 2minggu untuk gunting 100 pasang  "Love" dan jahit.. 1 mggu lagi untuk ikat reben dan proses mencantum semua bahagian.. hari bekerja saya buat mlm je, weekend baru all out buat benda ni...memang amat penat.. tapi rasa puas ati sgt2 bila tengok hasil kerja tangan sendiri.. dalam post kali ni saya nk share dengan kawan-kawan cara nk buat tutorial dari A-Z cara membuat bunga pahar felt ni siap dgn bajet barang skali (harga xyah kot sbb harga barang ada turun naiknya) kot2 la ada B2B (bride-to-be) yang nak DIY kan... tp kalau nk tempah dgn saya pun boley.. hehe..


Kat sini saya senaraikan bahan-bahan untuk membuat 100 biji/kuntum bunga Pahar Felt "LOVE-Shape", so hrp2 sape-sape yang nak buat xde la terlebih beli:

1. Kain Felt jenis lembut 2meter
2. Dawai size 26/28 sebanyak 2peket (dawai yang lg keras xsesuai utk ikat riben organza sebab bagi saya nnt bila da ikat, reben tu kembang xcantik since kita xboleh ikat dengan kemas sgt, kalau lembut sgt kang mudah putus pulak mse ikat,but apepun up to u)
3. Reben organza 2 gulung (1 gulung = 14 yards/ela)
4. Daun palsu 100 helai
5. Salotep kertas (masking tape) 3gulung
6. Benang 2 gulung yang saiz paling kecik (yang harga segulung 60sen tu)
7. Lidi 100 cucuk
8. Net telur 100 keping
9. Fibre secukup rasa (dalam 350gram)
10. Reben hijau - satu gulung besar
11. 3D Fabric paint


Langkah-langkahnya:

1. LUKIS "LOVE" shape guna microsoft word or ape2 software yang anda terer mcm Adobe ke ape ke.. Saiz setiap LOVE dalam 9.5cmx9.5cm, tp tak lebih dari 10 cm (saya lupa nk ukur). So bila guna ukuran ni kita akan dapat 100 keping "LOVE" untuk 1meter kain felt. Dan drpd 100 keping ni kita boley buat 50 LOVE set (1 set memerlukan 2 keping). Means 1 meter boleh buat 50 biji bunga pahar la.. sy rse calculation matematik sy da simple utk anda-anda pahamkan? huhu. Lepas tu bolehlah print seberapa byk LOVE yang anda rasa anda perlukan, bagi saya 2 da ckup, dan seelok-eloknya gunakan kertas yang keras sbb senang nk gunting felt nnt. kalau anda risau printer tu tak boleh feed/suap dgn kertas yang keras so gunakan kertas biasa.. lps da print atas kertas biasa tu, gamkan kat kertas yang agak keras dan gunting mengikut bentuk "LOVE" tu... tapi masa gunting make sure kita lebihkan sket kt bahagian bawah mcm gmbr kt bwh ni


2. GUNTING "FELT" setiap 20cm. Saya gunting felt kepada saiz ni sebab senang sket nk gunting "LOVE" nnt. kalau anda rse ni keje leceh, so anda boleh skip Langkah 2 ni.


3. LIPAT "FELT" kepada 2 bahagian, tekap acuan "LOVE" dan GUNTING 1 pasang LOVE pada satu masa yang sama (paham x). Kat sini sy tak gunakan kaedah surih bentuk "LOVE" ke kain felt menggunakan pen sebab saya rasa buang masa sbb kita kene potong 200 keping (bila guna cara ni sy dapat gunting 2 keping sekaligus) dan lagipun bila da jahit takkan nampak sangat kesan potong yang burok. Bagi yang mementingkan ketepatan dalam ukuran buatlah cara konvensional tu.. huhu..

Gunting felt yang dipotong 2meter tu kepada saiz Heart Shape tu.. jgn lupa lipat 2 kain felt before gunting so anda akan gunting sepasang terus nnt

gunting dengan cermat


UNTUK LANGKAH 4, SILA RUJUK GAMBARAH DI BAWAH

4. Ambil 2 keping felt (1 set) "LOVE" shape tu then tindih kat atas satu sama lain (NO 1). Pastu JAHIT set "LOVE" tu menggunakan jahitan insang pari. Start jahit pada hujung lebihan sampai agak-agak tinggal lagi seinci setengah before smpai ke lebihan yang belum dijahit (NO 2). Pastu masukkan Fibre dan lidi sate (NO 3 & 4) then teruskan menjahit smpai siap. Untuk mengelakkan lidi tercabut dari "LOVE" saya sarankan agar anda mematikan jahitan dengan cara melilit benang pada lebihan dan simpul mati (NO 5).



5 Step menjahit dan mengikat LOVE pada lidi

make sure anda tambah lebihan kt bawah LOVE supaya boleh diikat pada lidi nanti




5.IKAT NET/KARUNG TELUR pada lidi menggunakan benang. Sesetengah orang akan skip langkah ni, tapi bagi saya, saya bimbang kalau bila da letak telur nnt karung telur akan terlucut dari lidi even da salotep. Suka ati korang la nk ikut step ni ke tak ye. Untuk bunga pahar ni, saya gunakan net yang dibuat daripada plastik (yang macam karung buah), kalau rajin potong kain net sndri, tp bg sy net telur plastik ni bagus sbb apa-apa saiz telur boleh muat. Susah gak nak cari karung plastik ni, but finally jumpa gk... ada jual kt kedai Bunga Juta kat Jalan Tar (dekat dengn area Gulatis dan Sogo). 100 pieces current price RM7.90




6. POTONG REBEN ORGANZA. Nak memudahkan kerja memotong, sy lipat byk2 then potong sekali harung ataupun orang panggil potongan berjemaah.. haha.. untuk bunga pahar yang saya buat ni, saya potong reben dalam 12-13cm setiap satu.


lipat byk2 reben organza

gunting secara berjemaah ye..


7. IKAT REBEN ORGANZA PADA DAWAI. Amek sehelai reben organza yang dah dipotong tadi, letakkan di lantai yang licin, pastu lipat/ keronyok kt tengah then ikat dengan dawai dengan bantuan playar.Buat byk2.. every bunga pahar saya gunakan 4 "kuntum" reben organza sebagai hiasan tepi. so untuk 100 bunga pahar, saya da keronyokkan 400 "kuntum" reben.. sakit wooo tangan dok pegang playar je.



proses meng"kronyok" tengah reben


amek dawai dan ikat kemas

kalau dawai lembut xyah guna playar xpe, ni sy guna dawai keras yg mmg dah ada kt rumah je



tadaaaa... da siap 1... 399 kuntum to go (@~@)


8. CANTUMKAN KUNTUM ORGANZA dan DAUN PALSU menggunakan masking tape. Saya rasa sume orang tau cmne nk pkai masking salotep kan? Betul2 bawah "LOVE" saya letakkan 4 "kuntum" reben organza, then lilit masking tape smpai ke net bunga telur. Kemudian saya letakkan daun palsu pada aras yang sama dengan net  telur, then continue lilit smpai aras yang anda nak.. setengah orang lilit smpai abes, tp saya lilit separuh jalan je since biasanya bunga pahar ni kitorang letak kt pulut. huhuhu.. nnt keracunan makanan plak org trmakan masking tape.. masking tape ada racun ke???? huhu.. tatau.. agak2 je



dalam kotak ni ada 50 keping jek, lagi 50 msuk kotak lain


9. POTONG LOVE MERAH KECIK.. saiz love ni lebih kurang 1cm x 1cm.. mmg kecik sgt2.. mula-mula saya potong kain felt kaler merah hati 1cm x 1cm, lepas tu lipat dua dan gunting separuh "LOVE".. bila buka lipatan tu, dapatlah 1 "LOVE" yang cantik n cute ni... tadaaaaa... paham ke idok???






10. Bila da siap, TAMPAL " LITTLE RED LOVE" kat bunga pahar tu dengan gam UHU





11. TULIS HURUF menggunakan 3D Fabric Paint. Untuk pengetahuan semua, fabric pen dan 3D fabric paint ada beza tau. Fabric pen adalah sejenis pen macam marker dan biasanya orang guna untuk lukis pola baju. Ada yang jenis washable (kene air terus dakwat dan ada yang jenis permanent (dakwat tak hilang). Tapi untuk bunga pahar ni, saya gunakan cat fabrik sebab saya nak nampak kesan 3D atau timbul pada tulisannya. Mane nak cari? 3D Fabric Paint ni saya beli kt kedai alatulis Weststar kat Seksyen 7, Shah Alam. Harga RM14.90 rsnye.. da lupa... kecik je pen tu... 75ml je... tp ckup untuk lebih dari 200 biji bunga pahar since sy guna untuk 100 bunga pahar pun xsmpai separuh botol. 3D Fabric Paint pun ada byk jenisnya.. Untuk projek ni, saya gunakan jenis MATTE which is memang mcm cat betul2.. kalau nak yang shining bley amek jenis PEARL, GLITTERS ke... harga still sama

lepas da mengecat, keringkan smpai kering.. kurang dari 3 jam da kering

ni masa mula-mula try tulis, burok!






12. Last step.. PACKING TO CUSTOMER... hehehe.. nak kne ada tutorial jgk ke nk susun bunga pahar ni???



bunga telur bentuk hati felt
Bunga Telur Felt



DONE MY TUTORIAL

Pesanan: Sape nk amek tutorial ni sebagai guide saya Halalkan.. Tapi harap mereka yg nk share please appreciate my work by acknowledge me in your share. :)

Thursday, February 14, 2013

My Sister's E-Day

Alhamdulillah.. da settle majlis brtunang akak saya 10 Feb 2013 lepas.. penatnye x trkira.. byk benda saya settlekan..before balik kampung niat saya nk dok dapur je sepanjang akak bertunang (bukan tanda saya protes sbb sy xdpt brtunang ye!!!) sbb sy xsuka bab kemas rumah or hidang makanan kt tetamu.. tapi bila da balik kampung khamis malam jumaat lps terus cair hati saya dgn kata-kata sorang-sorangnye akak saya yg still bujang tu.. katanya..........


 "majlis ak xde sapa pun tolong sbb kakak2 semua da kahwin, hantaran aku ni pun aku kena buat sendiri, sedih rasanya"



mse tu tgh syok tido sbb penat baru smpai dari Shah Alam.. bila da dengar ayat-ayat sedih dia trus bangun pasang pelamin sorang-sorang.. penat tau.. mula-mula saya bentang kain utk buat pelamin tu kat ruang rehat family, lame gk la pikir cmne nk combine kain kaler putih dan biru tu..

2 helai kain putih, 2 helai kain biru sponsored by our neighbour yang mmg bisnesnye sewa pelamin.. jiran sponsor sbb dulu penah janji nk sponsor mse akak sorang lg brtunang, tp disebabkan akak tu xjd brtunang, so adik dia (bukan saya, tp akak sy yg brtunang ni!) dapat.. hehe
Finally, saya terus tarik kain tu bawak ke tempat nk pasang pelamin tu.. ape nak jadi, jadi lah.. mse tu trbayang plak nk pasang ala-ala yang pernah saya google dlu (saya try google balik pkai key-words yang sama tp xjumpa. alahai...)... so ini lah hasilnya.. hehe.. actually kalau saya ada masa, nak je saya tambah kipas biru yang kecik-kecik tu bagi penuh kawasan langsir putih.. tp xsempat... xlarat sbb lps dah siap pasang pelamin dan deco kipas2 bulat tu sy buatkan paper beg untuk isi gula-gula nak bg kt budak-budak nnt.. akak da beli tupperware LOVE-shape tapi risau tak xckup, so buat je la la mini paper-bag dalam 20-30 biji



Pearl Hand Bouquet yang saya buat dulu


Doorgift untuk tetamu.. sticker kt bwh ni tunang akak tempah kt Kuala Selangor, harga kira per sheet yg bersaiz A4... 1 sheet harga RM2.. tempah 2 sheet je..ckup je nak tempek kt 100 biji tupperware kecik ni...

sticker








ni plak hantaran dari belah perempuan (from us)





ni plak hantaran dari pihak lelaki.. dalam banyak2 hantaran2 tu saya paling berkenan cara diorang decorate buah limau.. jarang kita tengok org bagi hantaran buah guna sejenis je..









nak tau tugas betul sy masa majlis akak??? ni je... goreng ayam untuk buat ayam masak merah... hahaha

 ------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru dapat emel dari akak yg bru brtunang ni.. ada ke patut dia sruh saya pkir gubahan yang nampak mewah tapi dalam bajet?? hurmmm.. untuk majlis perkahwinan dia nnt, dia mntk saya handle semua gubahan.. ayyoook.. anyone help me please.. sy xtahu nk pkir cmne la nk gubah tu?

Renungan ==> sapa plak nak tolong mse sy kahwin nnt??? (>~<) anak-anak buah semua kecik lagi.. hahahah.. yang paling besar pun bru masuk tingkatan satu (yang dok sebelah tokma dia ni).. thinking a lot... huhuh

TokMa with her 1st grandson masa smbut birthday kakak dan Amalin.. TokPa x ikut...
anak2 buah lain pun kecik lg

gambar photoshoot with Pearl Hand Bouquet