Tuesday, May 21, 2013

Shirley Poppy Crepe Flower Hand Bouquet

Assalamualaikum,.....

yeay da siap lagi tiga jambak bunga tangan crepe.... hehe... bunga ni saya letak nama Shirley Poppy Crepe Flower Hand Bouquet... sbb bunga ni nampak mcm bunga poppy jenis Shirley... hehe... new design from me... untuk tiga-tiga HB kat bawah ni sume da reserved ye... if nak order boley... cantik x?

crepe, bunga tangan
Purple Shirley Poppy Crepe Flower HB

pearl HB

hand bouquet, poppy flower

bunga crepe
pandangan atas

mudah, unik, murah
kemasan di bahagian pemegang bunga tangan

bunga tangan pink, putih
Pink Shirley Poppy Crepe Flower Hand Bouquet

bunga pegang murah, crepe, pengantin
kombinasi pink dan putih

crepe hand bouquet, HB

bunga tangan kuning
Yellow Shirley Poppy Crepe Flower Hand Bouquet

unique hand bouquet, HB

pearl hand bouquet, bunga tangan manik mutiara



Friday, April 26, 2013

Pearl Crepe Hand Bouquet

Assalamualaikum....

ni hasil terbaru saya... customer request nak Pearl Crepe Hand Bouquet for her niece's engangement day... combination biru kain sekolah menengah dan pink sirap bandung... hehe.. dihiasi dgn sedikit pearl beads warna putih... satu lagi bunga pegang yang customer ni request xsiap lg... skrg sy tgh  siapkan bunga telur crepe sbyk 200 kuntum... lg 25 kuntum xsiap.. InsyaAllah by this night everything done... then i will focus on her next bunga pegang n other HB...

P/S: crafting is my hobby... but I can crafting only when I free.. disebabkan komitmen kerja, kdg2 masa utk crafting very2 limited.. kdg2 sy outstation, kdg2 ada urusan peribadi... and thats why skrg ni bunga yg sy buat amek masa sedikit untuk disiapkan.. tp Alhamdulillah setakat ni saya xtamak dalam nak amek order.. i'll explained to those who are interested with my craft work when i can make their order, so bila customer nak cepat i will not accept that order since i hv time constraint..

Pearl Crepe Hand Bouquet

top view bunga pegang Pearl Crepe HB





Tuesday, April 23, 2013

Wedding Badge ~ Heart-Shape Felt

Assalamualaikum....

actually badge ni da lama siap... but baru sekarang dpt post kat blog... tuan punye badge ni org yg sama tempah Bunga Pahar Felt Love-Shape dulu tu... dulu beli 3meter kain felt lembut (wool felt).. 2 meter untuk buat 100 kuntum bunga pahar, and lebihan 1 meter lagi customer mintak buatkan badge nama kaum kerabat pengantin... ok x badge pengantin ni?

badge pengantin

felt wedding badge

Felt craft

felt badge

felt badge

wedding badge
wedding badge, pengantin, kreativiti, DIY

Tuesday, March 19, 2013

Update Keje

Before sy nk update psl bisness sy, sy nk cerita apa sy buat kt opis hr ni n kongsi 3-4kpeping gmbr mse sy g outstation last week..

Hr ni kat opis sy try buat analysis reading gas ammonia yang sy measure kt ladang-ladang ayam kat sebuah negeri di Malaysia.. ekekekek... xleh nk kecoh ktne... tkut ada yg xlalu makan telur ayam dari negeri ni nnt..   pening pkir cmne nk analyze (T_T).. tolong!!!! sgt xde mood... measurement tu sy amek kat ladang-ladang which have different manure management system... ada yang taik diorg remove every 2-3 weeks, ada plak yg remove every 3-4months... ada yg pasang kipas kt reban, ada yg x... how i'm going to synchronize all these measurement???

gambar2 ayam penelur
byk x taik??? kata owner ayam penelur ni, taik ayam akan di"collect" every 2-3 weeks.. mcm xcaya je ayam berak byk sgt

ayam pedaging excrete less manure... kurang bau busuk berbanding ayam penelur

one of reban ayam penelur terletak bersebelahan ldg Ba Alif Ba Ya (nak g ke reban ayam tu kene lalu kandang ni dlu)... busuknya ya Ampun xtahan gila....

bila da pening pkir cmne nk analyze data tu, so sy tggalkan kejap (maybe esok bru smbung)... penat tau pkir cmne nk settle... (even keje xjalan, tp kepala ligat dok pkir cmne nk resolve mslh ni)...

Back to my biz projek, currently this is my task for now:
1. Bunga Telur Crepe (100pieces kaler kuning diraja + 100pieces kaler ungu magenta)
2. Love-Shape Felt Badge (customer mintak buat badge dari lebihan buat Bunga Pahar Felt Love Shape hari tu.. around 60 badges)
3. Daisy Felt HB for kids/ flower girl (4 jambak)
4. Pearl HB kaler krim

For Bunga Telur Crepe, alhamdulillah da siap gentel 200 bunga, skrg ni dok sibuk ikat reben untuk letak bawah bunga so lepas tu bru bley cantum2 jd bunga telur... gmbr ni sy ada upload kt fb Bunga Tangan Cekmin Nimsay semalam.. blk keje trus dpt call dari best friend tanya cmne nk buat bunga crepe ni... she request me to make a tutorial about this... dia nk sgt blaja buat sbb skrg dia tlg kwn dia nk hias brown paper (make it as cenderamata untuk tetamu masa kenduri kawen) with little crepe flower. actually there are alot of bloggers who done this before, but it is very difficult to find one who can give all usefull tips (yang xlokek bagi tips from beginning till end, dari pemilihan saiz dawai, crepe paper, saiz crepe yang perlu dipotong, cara gentel, cara potong hujung crepe paper yang da dilipat dan sebagainya).. InsyaAllah bila da siap nnt sy share tutorial tu...

kuning diraja + ungu magenta

Thursday, February 28, 2013

Tutorial: Bunga Pahar Felt "LOVE-SHAPE"

Bismillahirrahmanirahim...



Finally siap jugak 100 kuntum Bunga Pahar/Telur dari kain Felt yang saya buat special untuk majlis persandingan kawan saya. Hampir 3minggu lebih  jgk la nak siapkan bunga pahar ni.. 2minggu untuk gunting 100 pasang  "Love" dan jahit.. 1 mggu lagi untuk ikat reben dan proses mencantum semua bahagian.. hari bekerja saya buat mlm je, weekend baru all out buat benda ni...memang amat penat.. tapi rasa puas ati sgt2 bila tengok hasil kerja tangan sendiri.. dalam post kali ni saya nk share dengan kawan-kawan cara nk buat tutorial dari A-Z cara membuat bunga pahar felt ni siap dgn bajet barang skali (harga xyah kot sbb harga barang ada turun naiknya) kot2 la ada B2B (bride-to-be) yang nak DIY kan... tp kalau nk tempah dgn saya pun boley.. hehe..


Kat sini saya senaraikan bahan-bahan untuk membuat 100 biji/kuntum bunga Pahar Felt "LOVE-Shape", so hrp2 sape-sape yang nak buat xde la terlebih beli:

1. Kain Felt jenis lembut 2meter
2. Dawai size 26/28 sebanyak 2peket (dawai yang lg keras xsesuai utk ikat riben organza sebab bagi saya nnt bila da ikat, reben tu kembang xcantik since kita xboleh ikat dengan kemas sgt, kalau lembut sgt kang mudah putus pulak mse ikat,but apepun up to u)
3. Reben organza 2 gulung (1 gulung = 14 yards/ela)
4. Daun palsu 100 helai
5. Salotep kertas (masking tape) 3gulung
6. Benang 2 gulung yang saiz paling kecik (yang harga segulung 60sen tu)
7. Lidi 100 cucuk
8. Net telur 100 keping
9. Fibre secukup rasa (dalam 350gram)
10. Reben hijau - satu gulung besar
11. 3D Fabric paint


Langkah-langkahnya:

1. LUKIS "LOVE" shape guna microsoft word or ape2 software yang anda terer mcm Adobe ke ape ke.. Saiz setiap LOVE dalam 9.5cmx9.5cm, tp tak lebih dari 10 cm (saya lupa nk ukur). So bila guna ukuran ni kita akan dapat 100 keping "LOVE" untuk 1meter kain felt. Dan drpd 100 keping ni kita boley buat 50 LOVE set (1 set memerlukan 2 keping). Means 1 meter boleh buat 50 biji bunga pahar la.. sy rse calculation matematik sy da simple utk anda-anda pahamkan? huhu. Lepas tu bolehlah print seberapa byk LOVE yang anda rasa anda perlukan, bagi saya 2 da ckup, dan seelok-eloknya gunakan kertas yang keras sbb senang nk gunting felt nnt. kalau anda risau printer tu tak boleh feed/suap dgn kertas yang keras so gunakan kertas biasa.. lps da print atas kertas biasa tu, gamkan kat kertas yang agak keras dan gunting mengikut bentuk "LOVE" tu... tapi masa gunting make sure kita lebihkan sket kt bahagian bawah mcm gmbr kt bwh ni


2. GUNTING "FELT" setiap 20cm. Saya gunting felt kepada saiz ni sebab senang sket nk gunting "LOVE" nnt. kalau anda rse ni keje leceh, so anda boleh skip Langkah 2 ni.


3. LIPAT "FELT" kepada 2 bahagian, tekap acuan "LOVE" dan GUNTING 1 pasang LOVE pada satu masa yang sama (paham x). Kat sini sy tak gunakan kaedah surih bentuk "LOVE" ke kain felt menggunakan pen sebab saya rasa buang masa sbb kita kene potong 200 keping (bila guna cara ni sy dapat gunting 2 keping sekaligus) dan lagipun bila da jahit takkan nampak sangat kesan potong yang burok. Bagi yang mementingkan ketepatan dalam ukuran buatlah cara konvensional tu.. huhu..

Gunting felt yang dipotong 2meter tu kepada saiz Heart Shape tu.. jgn lupa lipat 2 kain felt before gunting so anda akan gunting sepasang terus nnt

gunting dengan cermat


UNTUK LANGKAH 4, SILA RUJUK GAMBARAH DI BAWAH

4. Ambil 2 keping felt (1 set) "LOVE" shape tu then tindih kat atas satu sama lain (NO 1). Pastu JAHIT set "LOVE" tu menggunakan jahitan insang pari. Start jahit pada hujung lebihan sampai agak-agak tinggal lagi seinci setengah before smpai ke lebihan yang belum dijahit (NO 2). Pastu masukkan Fibre dan lidi sate (NO 3 & 4) then teruskan menjahit smpai siap. Untuk mengelakkan lidi tercabut dari "LOVE" saya sarankan agar anda mematikan jahitan dengan cara melilit benang pada lebihan dan simpul mati (NO 5).



5 Step menjahit dan mengikat LOVE pada lidi

make sure anda tambah lebihan kt bawah LOVE supaya boleh diikat pada lidi nanti




5.IKAT NET/KARUNG TELUR pada lidi menggunakan benang. Sesetengah orang akan skip langkah ni, tapi bagi saya, saya bimbang kalau bila da letak telur nnt karung telur akan terlucut dari lidi even da salotep. Suka ati korang la nk ikut step ni ke tak ye. Untuk bunga pahar ni, saya gunakan net yang dibuat daripada plastik (yang macam karung buah), kalau rajin potong kain net sndri, tp bg sy net telur plastik ni bagus sbb apa-apa saiz telur boleh muat. Susah gak nak cari karung plastik ni, but finally jumpa gk... ada jual kt kedai Bunga Juta kat Jalan Tar (dekat dengn area Gulatis dan Sogo). 100 pieces current price RM7.90




6. POTONG REBEN ORGANZA. Nak memudahkan kerja memotong, sy lipat byk2 then potong sekali harung ataupun orang panggil potongan berjemaah.. haha.. untuk bunga pahar yang saya buat ni, saya potong reben dalam 12-13cm setiap satu.


lipat byk2 reben organza

gunting secara berjemaah ye..


7. IKAT REBEN ORGANZA PADA DAWAI. Amek sehelai reben organza yang dah dipotong tadi, letakkan di lantai yang licin, pastu lipat/ keronyok kt tengah then ikat dengan dawai dengan bantuan playar.Buat byk2.. every bunga pahar saya gunakan 4 "kuntum" reben organza sebagai hiasan tepi. so untuk 100 bunga pahar, saya da keronyokkan 400 "kuntum" reben.. sakit wooo tangan dok pegang playar je.



proses meng"kronyok" tengah reben


amek dawai dan ikat kemas

kalau dawai lembut xyah guna playar xpe, ni sy guna dawai keras yg mmg dah ada kt rumah je



tadaaaa... da siap 1... 399 kuntum to go (@~@)


8. CANTUMKAN KUNTUM ORGANZA dan DAUN PALSU menggunakan masking tape. Saya rasa sume orang tau cmne nk pkai masking salotep kan? Betul2 bawah "LOVE" saya letakkan 4 "kuntum" reben organza, then lilit masking tape smpai ke net bunga telur. Kemudian saya letakkan daun palsu pada aras yang sama dengan net  telur, then continue lilit smpai aras yang anda nak.. setengah orang lilit smpai abes, tp saya lilit separuh jalan je since biasanya bunga pahar ni kitorang letak kt pulut. huhuhu.. nnt keracunan makanan plak org trmakan masking tape.. masking tape ada racun ke???? huhu.. tatau.. agak2 je



dalam kotak ni ada 50 keping jek, lagi 50 msuk kotak lain


9. POTONG LOVE MERAH KECIK.. saiz love ni lebih kurang 1cm x 1cm.. mmg kecik sgt2.. mula-mula saya potong kain felt kaler merah hati 1cm x 1cm, lepas tu lipat dua dan gunting separuh "LOVE".. bila buka lipatan tu, dapatlah 1 "LOVE" yang cantik n cute ni... tadaaaaa... paham ke idok???






10. Bila da siap, TAMPAL " LITTLE RED LOVE" kat bunga pahar tu dengan gam UHU





11. TULIS HURUF menggunakan 3D Fabric Paint. Untuk pengetahuan semua, fabric pen dan 3D fabric paint ada beza tau. Fabric pen adalah sejenis pen macam marker dan biasanya orang guna untuk lukis pola baju. Ada yang jenis washable (kene air terus dakwat dan ada yang jenis permanent (dakwat tak hilang). Tapi untuk bunga pahar ni, saya gunakan cat fabrik sebab saya nak nampak kesan 3D atau timbul pada tulisannya. Mane nak cari? 3D Fabric Paint ni saya beli kt kedai alatulis Weststar kat Seksyen 7, Shah Alam. Harga RM14.90 rsnye.. da lupa... kecik je pen tu... 75ml je... tp ckup untuk lebih dari 200 biji bunga pahar since sy guna untuk 100 bunga pahar pun xsmpai separuh botol. 3D Fabric Paint pun ada byk jenisnya.. Untuk projek ni, saya gunakan jenis MATTE which is memang mcm cat betul2.. kalau nak yang shining bley amek jenis PEARL, GLITTERS ke... harga still sama

lepas da mengecat, keringkan smpai kering.. kurang dari 3 jam da kering

ni masa mula-mula try tulis, burok!






12. Last step.. PACKING TO CUSTOMER... hehehe.. nak kne ada tutorial jgk ke nk susun bunga pahar ni???



bunga telur bentuk hati felt
Bunga Telur Felt



DONE MY TUTORIAL

Pesanan: Sape nk amek tutorial ni sebagai guide saya Halalkan.. Tapi harap mereka yg nk share please appreciate my work by acknowledge me in your share. :)