Thursday, February 14, 2013

My Sister's E-Day

Alhamdulillah.. da settle majlis brtunang akak saya 10 Feb 2013 lepas.. penatnye x trkira.. byk benda saya settlekan..before balik kampung niat saya nk dok dapur je sepanjang akak bertunang (bukan tanda saya protes sbb sy xdpt brtunang ye!!!) sbb sy xsuka bab kemas rumah or hidang makanan kt tetamu.. tapi bila da balik kampung khamis malam jumaat lps terus cair hati saya dgn kata-kata sorang-sorangnye akak saya yg still bujang tu.. katanya..........


 "majlis ak xde sapa pun tolong sbb kakak2 semua da kahwin, hantaran aku ni pun aku kena buat sendiri, sedih rasanya"



mse tu tgh syok tido sbb penat baru smpai dari Shah Alam.. bila da dengar ayat-ayat sedih dia trus bangun pasang pelamin sorang-sorang.. penat tau.. mula-mula saya bentang kain utk buat pelamin tu kat ruang rehat family, lame gk la pikir cmne nk combine kain kaler putih dan biru tu..

2 helai kain putih, 2 helai kain biru sponsored by our neighbour yang mmg bisnesnye sewa pelamin.. jiran sponsor sbb dulu penah janji nk sponsor mse akak sorang lg brtunang, tp disebabkan akak tu xjd brtunang, so adik dia (bukan saya, tp akak sy yg brtunang ni!) dapat.. hehe
Finally, saya terus tarik kain tu bawak ke tempat nk pasang pelamin tu.. ape nak jadi, jadi lah.. mse tu trbayang plak nk pasang ala-ala yang pernah saya google dlu (saya try google balik pkai key-words yang sama tp xjumpa. alahai...)... so ini lah hasilnya.. hehe.. actually kalau saya ada masa, nak je saya tambah kipas biru yang kecik-kecik tu bagi penuh kawasan langsir putih.. tp xsempat... xlarat sbb lps dah siap pasang pelamin dan deco kipas2 bulat tu sy buatkan paper beg untuk isi gula-gula nak bg kt budak-budak nnt.. akak da beli tupperware LOVE-shape tapi risau tak xckup, so buat je la la mini paper-bag dalam 20-30 biji



Pearl Hand Bouquet yang saya buat dulu


Doorgift untuk tetamu.. sticker kt bwh ni tunang akak tempah kt Kuala Selangor, harga kira per sheet yg bersaiz A4... 1 sheet harga RM2.. tempah 2 sheet je..ckup je nak tempek kt 100 biji tupperware kecik ni...

sticker








ni plak hantaran dari belah perempuan (from us)





ni plak hantaran dari pihak lelaki.. dalam banyak2 hantaran2 tu saya paling berkenan cara diorang decorate buah limau.. jarang kita tengok org bagi hantaran buah guna sejenis je..









nak tau tugas betul sy masa majlis akak??? ni je... goreng ayam untuk buat ayam masak merah... hahaha

 ------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru dapat emel dari akak yg bru brtunang ni.. ada ke patut dia sruh saya pkir gubahan yang nampak mewah tapi dalam bajet?? hurmmm.. untuk majlis perkahwinan dia nnt, dia mntk saya handle semua gubahan.. ayyoook.. anyone help me please.. sy xtahu nk pkir cmne la nk gubah tu?

Renungan ==> sapa plak nak tolong mse sy kahwin nnt??? (>~<) anak-anak buah semua kecik lagi.. hahahah.. yang paling besar pun bru masuk tingkatan satu (yang dok sebelah tokma dia ni).. thinking a lot... huhuh

TokMa with her 1st grandson masa smbut birthday kakak dan Amalin.. TokPa x ikut...
anak2 buah lain pun kecik lg

gambar photoshoot with Pearl Hand Bouquet




Thursday, February 7, 2013

Red-Color Felt Hand Bouquet for Farah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Yeay.. mlm td siap lg satu bunga tangan.. tp bunga tangan felt ni da ada orang tempah.. bru jap td sy bg kt customer merangkap officemate sy.. namanye Farah Shamira.. dia nk kawen 1 Jun 2013 ni, but sy trus bagi siap2 sbb bilik sy cpt sgt brhabuk.. lgpun da semak sgt dgn brg2 lain..

bunga tangan merah
model ni xbg upload gmbr muka.. tangan je boley.. huhu

Felt Hand Bouquet
cantik bila dipegangkan??

kemasan untuk bungan tangan felt merah ni lebih kurang sama dgn kemasan utk bunga tangan colorful button felt HB (refer entry sebelum ni)

HB

HB
close-up bunga

hand bouquet
tuan punyer bunga tgh practice pegang bunga

suka2



Before bunga tangan felt merah seperti gambar-gambar di atas terhasil, punyerlah susah sy nk mix and match susunan kelopak.. xtahu nk letak pink kt atas or merah kt atas.. xtahu gak nk susun selang-seli atau x.. warna button pun sy still keliru.. lps tnjuk gambar-gambar kt bwh ni customer ckp nk merah atas, pink bwh.. pstu tanak campur2.. saya mulanya xberkenan.. tapi bila da gubah letak kat pemegang bunga tangan rasa ok jgk..

mse tgh siapkan kemasan bunga tangan ni housemate ada tegur.. cantik katanye.. NAIKKKKKKKKKK.. xmacam bunga tangan sebelum ni.. nampak kaler samar-samar..









sape2 nk order bley contact sy.. Yasmin 019-394 2809..

P/S: skrg ni tgh siapkan bunga telur yang dibuat daripada felt.. kawan mau 100 biji bunga telur utk letak kt tepi pelamin.. bru sebiji sy buat sbgai sampel.. da tnjuk kt customer.. dan alhamdulillah dia setuju... so sy da boleh proceed siapkan lagi 99 biji bunga telur felt.. hehe.. da siap nnt sy tnjukkan hasilnya.. InsyaAllah..  =)


Wednesday, February 6, 2013

Colourful Button Felt HB & Pearl HB

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah.. da siap Felt Hand Bouquet @ Bunga Tangan Felt Colourful Button dan Pearl Hand Bouquet untuk akak dan kawan officemate.. curi masa buat masa weekend.. hurmmm... sy masih baru belajar.. ada yg nk tempah bley msg sy Yasmin 019-3942809

bunga tangan felt
Colorful Buttons Felt Hand Bouquet

felt
Kemasan pada pemegang yang xbrp kemas.. huhu

HB
i like this green-apple-color buttons

felt handbouquet
bagi saya ikatan yang simple sudai memadai... kan?

pandangan atas Bunga Tangan Felt

bunga tangan pearl
Pearl Hand Bouquet for my sister

bunga tangan mutiara
just ikat biasa utk pemegang Bunga Tangan Mutiara ni..

white pearl hand bouquet
kecik je.. but use almost 300 pearls

mix and match the buttons




P/S: skrg ni tgh siapkan bunga tangan customer yang nak bunga felt satu jenis je (xnak gabung 5 kaler mcm kat atas ni).. nnt da siap sy tnjuk ye.. sy agak xyakin mse awl2 dia mntk mcm tu, tkut x cntik, tp bila da siap cntum cntik gk rupenye kalau x gabung warna.. heheh

Tuesday, September 11, 2012

Bunga Tangan Felt


This is my firs trial buat bunga felt...  cantik x? rse2nye kalau sy buat bisness ada x org nk beli.. huhu..

Sunday, April 3, 2011

istimewanye ore klate

suka betul baca "artikel" ni.. kredit to "Fb Klate"

11 KEISTIMEWAAN ORANG KELANTAN

1.   Kelantanese use a proper Malay word. Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:   Ulau - Melaka Ulaq - Kedah Ulor - Johor Ular - Kelantan ( ooo-laaa) dan banyak lagi…   

2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’. Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah). Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:   betina - tino (Ttee-nor) berjalan - jale (Jjaa-ley) bermain - maing (Mmaa-eng) perbualan - buale (Bbua- ley) pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he) contoh ayat: “Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu “Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya   

3. Kelantanese have their own currency. Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh: Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:   “Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?” “oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok” Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’   “Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?” “slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2 ghiya” perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)   

4. Kelantanese and "Budu".. Orang klate yg tipikal amat gemar memakan budu dan ulam.. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.   contoh: saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur) So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)   

5. Kelantanese are soft. Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.   


6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules. Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam. Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:   “buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih” (buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.   

7. Kelantanese and Nik Aziz Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.   

8. Moon Kite (wau bulan). Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.   

9. Wayang kulit Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).   

10. Thailand (golok) Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama. 

11. orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu   ‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua ‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness ‘kawe’ dengan kenalan biasa ‘aku’ dengan member2 rapat ‘oghe’ dengan family ’sayo’ untuk formality

~~lunch hari ni aku makan nasi, kari ayam, sayur sawi n BUDU~~
~nyum2.. sedap2~