Friday, July 19, 2013

Felt Daisy Hand Bouquet (3 Layer)

Assalamualaikum...

Update kali ni pasal Felt Daisy Hand Bouquet 3 layer yang ditempah rakan saya dari Penang... baru siap pg td... keje kt opis xbanyak since bulan puasa sebab tu dpt buat... hehe.. Bunga Tangan Felt Daisi ini bersaiz agak besar berbanding yang saya buat untuk pelanggan sebelum ni... kali ni pengantin sendiri yang nak pakai, so tambah satu layer lagik... enjoy the pics below.. rasa xlarat nak menaip banyak-banyak bulan puasa ni (>_<)

Hand Bouquet
pandangan atas bunga tangan Felt Daisy 3 layer

Hand Bouquet cantik, unik
Reben pendek sebagai aksesori tambahan

bunga tangan felt daisy
saya suka bunga daisy sangat2

close-up bunga daisy

unik
Peach and soft pink Felt Daisy Hand Bouquet

pink and peach hand bouquet
kemasan pada pemegang bahagian depan Bunga Tangan Felt Daisy

kemasana pemegang bunga tangan
kemasan pada pemegang bahagian belakang Bunga Tangan Felt Daisy

Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila sms saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.

Thursday, July 4, 2013

Felt Daisy Hand Bouquet for Flower Girl (small size)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum....

Yeay... akhirnya siap jugak Bunga Tangan Felt Daisy ni... bukan satu jambak ye... tapi EMPAT jambaks.. ni request dari sorang customer yang tunjukkan gambar felt daisy HB yang dia google kat tenet.. dia nak sebijik macam yg dia tunjuk tu untuk anak-anak buah dia... kira untuk flower girl lah ni... takut anak2 buah dia berebut bunga tangan yang dia punyer masa majlis dia nanti katanya..  so bunga tangan yang saya buat ni xde la besar mana.. dan agak kuncup... kang kembang sangat nanti nampak lagi menyerlah daripada bunga tangan pengantin...  kira sesuai untuk flower girl yang cumil2 tu.. jika pengantin yang nak pakai bunga tangan ni saya akan tambah satu layer lagi supaya sesuai dgn saiz badan pengantin..

 
hand bouquet
pandangan atas bunga tangan felt daisy saiz kecil untuk flower girl

bunga pegang
bunga tangan daisy lagi

Untuk setiap jambak bunga flowergirl ni, saya menggunakan 7 kuntum bunga daisy dan disusun berselang-seli pink cair dan pink terang.

felt hand bouquet, unik, cantik
gabungan pink cair dan pink terang

daisi
4 JAMBAKS BUNGA TANGAN FELT DAISY

beautiful artificial daisy hand bouquet
u can keep this flower forever :)

bunga tangan untuk pengapit kecik, flower girl
tak sabar nak tengak budak2 kecil tu pegang... :)

Untuk menutup dawai-dawai setiap kuntuman bunga tu so saya cover dengan kain net... setengah orang tak suka letak net di bawah bunga, tapi sebenarnya bagi saya net itu satu keperluan. selain menutup dawai-dawai yang kadang2 berselirat (yang membuatkan bunga tangan nampak hodoh), kain net ini berfungsi untuk menutup kecacatan bunga tangan tersebut... walaupun setiap helaian felt dipotong mengikut ukuran yang sama bagi setiap kuntuman bunga, namun saiz bunga yang terhasil akan berbeza antara satu sama lain. Dengan penambahan kain net yang berombak/beralun di bawah bunga tangan tersebut berupaya untuk menutup kecacatan bunga tangan tersebut.

dekorasi pemegang bunga tangan
kemasan pada pemegang bunga tangan

kemasan reben bunga tangan, hand bouquet


Nota Cekmin: sebelum saya cantumkan bunga tangan kat atas tu, saya try gubah menggunakan bunga daisy yang sama warna... menarik jugak.. tapi customer mintak buatkan macam kat atas so saya ikutkan je la... ada yang berkenan macam kat bawah ni???

bunga tangan
bunga felt satu tone color
Untuk sebarang pertanyaan harga atau tempahan, sila sms saya (Cekmin) 019-394 2809 atau emel kepada jemaricekmin@gmail.com. Call tidak akan dilayan kecuali anda telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memperkenalkan diri anda dan tujuan anda.